Usaha-usaha yang mewujudkan suasana sekolah yang kondusif
Sumbangan kepada keceriaan sekolah.
- Program menanam 1000 pokok untuk mewujudkan landskap yang hijau dan ceria dan menyokong program sekolah dalam taman.
- Menyumbang wakaf-wakaf (gazebo)
- Membeli pasu-pasu bunga
- Gotong-Royong Perdana
- Mengecat kawasan angkat
- Program ‘1 Keluarga 1 Pokok’
- Sumbangan kepada peningkatan keselamatan murid.
- Memasang grill di kaki lima surau, asrama puteri dan pagar sepanjang laluan ke Dewan Makan.
- Mengurus dan menyediakan perkhidmatan bas untuk pelajar balik kampung semasa cuti persekolahan.
- Sumbangan kepada peningkatan kesihatan murid.
- Gotong-Royong membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes
- Menyumbang van untuk membawa pelajar demam/sakit ke klinik
- Membekal multi vitamin dan kismis untuk pelajar tingkatan 3 & 5
- Bekalan air bertapis Bio Aura
Usaha-usaha menambah kewangan PIBG
- Sumbangan anggota Persatuan.
- Semua ahli menyumbang
- Penganjuran program atau aktiviti untuk menjana pendapatan setelah mendapat kelulusan pendaftar.
- Program ‘1 Keluarga 1 Buku’
- Program Menaik taraf Surau Al Muttaqin dan telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.
- Program jangka panjang:- Menyelenggara dan memantau hasil pokok kelapa sawit dan kelapa muda yang telah sedia ditanam di kawasan sekolah.
Bantuan keperluan asas sekolah.
- Melengkapkan aksesori pakaian unit Uniform pelajar.
- Membelikan pelajar yang kurang berkemampuan uniform lengkap.
- Memberi alat tulis untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM.
- Sumbangan dan bantuan kewangan kepada pelajar yang kurang berkemampuan.
Usaha-usaha Merakyatkan PIBG
- Terdapat sudut info. PIBG bersebelahan bilik operasi PIBG / laman Web.
- Terdapat program pertukaran fikiran dan maklumat tentang pendidikan kepada ibu bapa.
- Ceramah Keibubapaan
- Terdapat program pertukaran fikiran dan maklumat tentang pendidikan kepada kominiti setempat.
- Program khidmat masyarakat dimana pelajar, guru dan penduduk kampung Gaeng bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan.
- Demonstrasi penyembelihan, amali Haji dan penyempurnaan jenazah oleh imam masjid Pedas dan ustaz jemputan dalam kalangan ibu bapa pelajar.
- Penganjuran program kemahiran keibubapaan.