'
1) Kem Tahfiz Al-Quran SMKA DHAHHS & Maahad Diniyyah Puteri Padang Panjang Sumatera Barat

Tajuk : Kem Tahfiz Al-Quran
Peserta : 30 orang pelajar
Tarikh : 26 Mei 2012 hingga 1 Jun 2012 / 10 hingga 18 November 2012
Tempat : Surau Al-Muttaqin
 
Pendahuluan
Kem Tahfiz Al-Quran ini merupakan sambungan daripada program Kem Tahfiz 1 anjuran bersama SMKA DHAHHS dan Maahad Diniyyah Puteri Padang Panjang, Sumatera Barat. Kem Tahfiz tersebut telah pun berjaya dijalankan buat pertama kalinya pada 9 - 17 November 2011 yang lepas. Kem ini juga merupakan salah satu tanda kerjasama antarabangsa antara SMKA DHAHHS dan Maahad Diniyyah Puteri yang merupakan sebuah Institusi Pendidikan Agama yang terkenal di Sumatera, Indonesia. Dengan adanya program sebegini, diharapkan ia mampu melahirkan kader-kader agama yang mempunyai persiapan ilmu dan amal Al-Quran yang mantap seterusnya menjadikan contoh tauladan terbaik bagi warga sekolah dalam menjadikan penghayatan Al-Quran sebagai budaya di sekolah ini.

Tema
"30 PELAJAR SMKA DHAHHS BOLEH JADI HAFIZ/HAFIZAH


Objektif 
i) Membantu meningkatkan penguasaan tajwid Al-Quran, makhraj dan sifat huruf dalam pembacaan Al-Quran.
ii) Memberi pengukuhan kepada aspek sahsiah dan adab pelajar sebelum, semasa dan selepas membaca Al-Quran.
iii) Melahirkan pelajar dapat menghafaz 30 juzuk dalam jangka masa lima tahun.
iv) Membina keyakinan diri pelajar tentang kelebihan menghafaz dan membudayakan pembacaan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Fasilitator Tahfiz Al-Quran
i) Encik Idris bin Ahmad Al-Hafiz (Direktur Diniyyah Tahfizul Quran, Sumatera Barat)
ii) Puan Sri Astati binti Muhammad Al-Hafizah (Wakil Direktur Diniyyah Tahfizul Quran, Sumatera Barat)
iii) Cik Nurul Azilah binti Sulaiman (SMKA DHAHHS)



2) Projek Landskap Gaharu
 
Pendahuluan
           
            Projek menaman pokok gaharu di kawasan terbiar sekitar sekolah adalah salah satu cetusan idea YDP PIBG, Tuan Haji Kamarudin Haji Mahmod bertujuan menambah sumber pendapatan PIBG SMKA Pedas. Idea ini dikemukakan semenjak tahun lepas namun usaha-usaha untuk menjelmakan projek ini dapat dijalankan pada pertengahan tahun ini dengan bantuan Jabatan Pertanian Daerah Rembau. AJK PIBG yang terdiri daripada Tuan Haji Muaz Imam Supaat, Tuan Haji Zaidi Ujang dan Encik Rosaidi Osman telah diberi taklimat dan kursus pendek mengenai tanaman ini yang juga dikenali sebagai pokok karas.

MENGAPA PERLU MENANAM GAHARU?

Kerana pokok gaharu mempunyai nilai yang sangat tinggi.Purata setiap pokok bernilai antara RM 2 000 hingga RM 5 000 sebatang selepas 6 tahun!
           
Objektif

  • Mewujudkan kesedaran dan menggalakkan warga sekolah mengeluarkan sendiri produk pertanian yang mempunyai nilai komersial.

  • Menyemai minat warga sekolah terhadap bidang pertanian serta menambah pengetahuan tentang teknik-teknik penanaman.

  • Merangsang minat pelajar dan warga sekolah untuk mengenali dengan lebih dekat kaedah-kaedah pertanian moden.


PENGENALAN POKOK GAHARU (AGARWOOD/AQUILARIA SP)

Pokok gaharu juga di kenali sebagai Agarwood adalah dari genus Aquilaria.Berasal dari perkataan Sanskrit iaitu `agaru’ yang bererti kayu berat (tenggelam) - menghasilkan produk damar atau resin dengan aroma harum apabila dibakar. Di negara Asia terdapat lebih 15 spesies gaharu tetapi yang dikenali di pasaran ialah agar wood, aloes wood dan eagle wood.

Kandungan bahan kimia yang terdapat dalam gaharu adlah resin atau alkaloid seperti sesquiterpenes, sesquiter-pene alcohol, kompoun oxygenated dan chromone, agarospiral, jinkohol-eramol dan jinkool yang menghasilkan aroma wangi gaharu.

Kayu pokok gaharu agak lembut dan digunakan dalam industri kotak pembungkus, papan lapis, cenderamata, perabot, kasut wanita, chopstick dan lain-lain.

Manakala minyak gaharu pula diguna untuk upacara keagamaan Cina, Unanai, Ayurvedic dan Tibet serta digunakan sebagai pengharum rumah di Timur Tengah. Di Papua New Guinea sebagai ubat-ubatan tradisional.Daun, akar dan kulit gaharu digunakan sebagai ubat anti malaria sementara air sulingan penghasilan gaharu dimasukkan perubatan selepas bersalin, antibiotik, antikanser, penyakit kewanitaan, demam, sakit badan dan sakit perut.

Sekarang gaharu banyak digukan sebagai bahan wangian dan kosmetik. Minyak gaharu bermutu tinggi mengeluarkan bau manis antaranya seakan bau madu lebah dan bau masam-manis seperti buah plum, manakala minyak yang mengeluarkan bau seperti kayu direndam atau kayu reput dianggap gred rendah.

KEPERLUAN IKLIM
1. Ketinggian 0 – 1000meter dari paras laut
2. Hujan 1000-2000cm
3. Suhu 26°C - 31°
4. Cahaya matahari > 50%
5. Tanah - liat atau berpasir banyak tidak sesuai
6. pH tanah antara 5.0 hingga 7.0.
CARA TANAMAN
1. Sendirian – jarak minima 8 x 8 kaki.
2. Intergrasi - Ditanam diantara pokok di kebun getah

TEKNIK
Usaha menghasilkan minyak gaharu bermula dengan kerja menakik pokok karas secara menebuk lubang bagi menggalakkan pembentukan resin.

Harga minyak gaharu yang mahal sememangnya berbaloi kerana proses penghasilannya yang rumit. Usaha menghasilkan minyak gaharu bermula dengan kerja menyakitkan pokok karas yang berusia lebih lima tahun dengan ukur lilit antara 50 hingga 60 sentimeter untuk menggalakkan pembentukan resin (bahan yang mengeluarkan minyak gaharu).

Secara tradisionalnya, pokok karas ‘disakiti’ secara tebukan sama ada menggunakan kapak, besi panas atau dawai berduri. Kini kaedah lebih saintifik dilakukan iaitu kaedah mekanikal secara menebuk batang pokok menggunakan gerudi, kimia dan biologikal. Kaedah ini menjadikan pokok berupaya menghasilkan teras yang mampu mengeluarkan minyak gaharu bermutu.

Pokok karas yang sudah dirawat akan menghasilkan kayu untuk diekstrakkan bagi menghasilkan minyaknya melalui beberapa proses. Kayu berkenaan akan dikisar menjadi halus dan direndam untuk tempoh tertentu bagi memisahkan sel parenkima dan kelenjar minyak sebelum direbus dan proses penyulingan bagi mendapatkan minyaknya.

Penutup

Adalah menjadi harapan agar projek ini dapat dijalankan tanpa masalah memandangkan SMKA Pedas mempunyai keluasan tanah terbiar yang tidak diusahakan. Oleh itu dengan termeterainya usaha projek penanaman pokok gaharu ini, PIBG dapat menjana pendapatan di masa akan datang.